Soalan Lazim

Jawapan kepada persoalan yang sering ditanya.

Apa itu Studyplace.my?
Studyplace.my ialah platform latihan online yang membantu pelajar membuat persediaan peperiksaan melalui latihan berstruktur, huraian jawapan dan analitik prestasi.
Apakah latihan yang tersedia buat masa ini?
Buat masa ini, Studyplace.my menawarkan latihan untuk UPKK dan SPM. Latihan untuk UASA, PBD, latihan topikal dan bahan pembelajaran lain akan ditambah secara berperingkat.
Bagaimana Studyplace.my membantu pelajar belajar dengan lebih baik?
Pelajar bukan sahaja menjawab soalan, tetapi juga dapat melihat huraian bagi setiap jawapan. Ini membantu pelajar memahami kesilapan dan membuat ulang kaji dengan lebih cepat.
Bolehkah ibu bapa memantau prestasi anak?
Ya. Ibu bapa boleh melihat analitik prestasi, keputusan latihan dan topik yang perlu diberi lebih perhatian melalui dashboard yang disediakan.
Adakah kandungan mengikut silibus semasa?
Ya. Kandungan latihan dibina berdasarkan silibus dan format peperiksaan semasa yang relevan dengan pelajar Malaysia.
Bolehkah pelajar menggunakan telefon atau tablet?
Ya. Studyplace.my boleh digunakan melalui telefon, tablet atau komputer selagi mempunyai sambungan internet.
Bolehkah saya tambah lebih daripada seorang anak?
Ya. Ibu bapa boleh mengurus beberapa profil anak di bawah satu akaun utama.
Adakah akses ini seumur hidup atau langganan?
Buat masa ini, kami menawarkan Pas Sesi Akademik. Pembelian anda memberikan akses penuh kepada pakej yang dipilih sehingga tamat sesi akademik (30 November 2026). Tahun hadapan, kami akan beralih kepada model langganan.
Bolehkah pelajar cuba dahulu sebelum membeli?
Ya. Pelajar boleh mencuba set latihan percuma selepas mendaftar akaun.
Adakah anda menawarkan sebarang promosi atau diskaun?
Ya, kami kadang-kala mengadakan promosi mengikut musim! Ikuti laman media sosial kami untuk mengetahui tawaran terkini.